Thursday, 1 August 2013

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...di bulan yang mulia ini saya ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian tentang fadhilat bersedekah sebagaimana hadith riwayat Al-Bukhari yang bermaksud;

 ”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)


Rasulullah SAW juga telah bersabda :
”Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”.
Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa. Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW:
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.
Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
Sedekah itu ada  10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .
Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .
Lima Di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga
5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan
Marilah kita bersama-sama beramal mengikut kemampuan in shaa Allah wang yang kita keluarkan tidak akan sesekali membuatkan kita jatuh miskin namun ianya membersihkan segala harta yang ada dan akan bertambah berganda-ganda asalkan kita niat ikhlas kerana Allah. Sekiranya rakan2 yang saya hormati sekalian mempunyai kelapangan waktu sila layari www.rumahamalnur.com bagi membantu mereka2 yang terdiri daripada anak2 yatim, fakir miskin, golongan ibu tunggal, warga emas dan yang kurang upaya ataupun layari  www.tahfiznurikhwan.webs.com untuk berkongsi kesusahan mereka..bersama-samalah kita hulurkan sumbangan semoga doa daripada mereka mensejahterakan lagi kehidupan kita sehari2..